Isnin, 15 Jun 2009

Selasa, 9 Jun 2009

SELAMAT DATANG KE LAMAN PUSAT ASUHAN NUR KASIH ( ANAK-ANAK YATIM )

Pusat Asuhan Nur Kasih ( lil aitam ) kami sebenarnya akan dilaksanakan di Kampung Kubang Bakong, Jalan Paloh Sungai Kiat, Kuala Terengganu, Terengganu
Penubuhan Pusat ini matlamatnya adalah bertujuan untuk anak-anak yatim Negeri Terengganu atau Luar dari Negeri Terengganu. Bangunan ini mengandungi 2 tingkat, cadangan tingkat atas untuk dijadikan Asrama dan tingkat bawah dicadangkan tempat pembelajaran.
Tetapi buat masa sekarang hasrat itu ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan, pihak kami terpaksa membayar kos sewa bangunan, elaun tenaga pengajar, persiapan asrama, seorang penjaga asrama, api, air dan sebagainya. Suatu masa nanti kami berhasrat untuk memiliki satu bangunan dan mempunyai kawasan untuk pusat ini sendiri dan berhasrat menjadi Pusat yang terbaik dan menjadi Role Model kepada orang lain. Cadangan bangunan itu nanti akan dibina sebuah Pusat Pentadbiran dan Pengurusan, sebuah Asrama Lelaki dan Perempuan, Surau, Kantin, Kelas Pengajian Berhawa Dingin dan lain-lain.
Pihak kami amat mengalu-alukan kepada sesiapa yang dermawan, hartawan, jutawan, ahli-ahli atau syarikat-syarikat korporat untuk menyumbang kepada kami bagi menjayakan matlamat suci dan murni ini demi memartabatkan agama Islam dan membela nasib anak-anak yatim yang memerlukan perlindungan dan penjagaan. Mudah-mudahan niat suci dan sumbangan ikhlas lagi murni itu, akan dibalas oleh Allah Subhanahu Wa Taala dengan ganjaran yang setimpal dengan apa yang disumbangkan itu.
Bagi menjayakan hasrat yang suci dan mulia ini pihak kami amat-amat memohon jasa baik dan sumbangan ikhlas dari semua yang berkemampuan dan berkesudian untuk membantu, sumbangan bolehlah dibuat melalui Akaun Maybank: 113015115833 atau BIMB: 13017020163954 atau Sumbangan Melalui Cek Bolehlah Dibuat Atas Nama : Ust.Haji Muhamad Juhari Bin Ismail.
Fadhilat Bersedekaf
Fadhilat sedekah ada 3 perkara: Murah rezeki, dapat menolak bala dan panjang umur kerana apabila kita bersedekah, penerima akan mengucpakan Alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan manusia yang memberikan sumbangan.
Sumbangan Sedekah Meringankan Beban Orang
Derma atau sumbangan yang kita hulurkan dapat meringankan beban orang dan menyelamatkan kita dari api Neraka. Sumbangan yang dilakukan hendaklah dibuat dengan iklhas hati, bukannya paksaan ataupun mahu menunjukkan-nunjuk. Sedekah atau sumbangan derma yang kita hulurkan itu membuktikan sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat yang Allah Taala berikan. Sedekah yang kita hulurkan tidak akan mengurangkan harta kita, sebaliknya menambahkan lagi harta dan menjauhkan kita daripada kefakiran dan kesempitan dan Allah akan menggantikan kepada hamba-Nya dengan yang lebih baik.